1.1 Pengenalan
Komputer adalah sebuah mesin pemprosesan data berelektronik yang menerima dan menyimpan data, melakukan operasi aritmetik (pengiraan) dan logik (membuat keputusan) ke atas data dan kemudian mengeluarkan keputusan (maklumat). Komputer memproses data secara automatik (tanpa pertolongan manusia) di bawah arahan program yang tersimpan dalam unit storan utama. Program (aturcara) mengandungi jujukan arahan-arahan yang mengarahkan komputer mengatasi sesuatu masalah dengan menggunakan unit-unit yang ada padanya.
Komputer memainkan peranan yang penting dalam kerjaya dan cara hidup seseorang. Organisasi, tak kira besar atau kecil, mengguna komputer untuk menolong mereka beroperasi dengan lebih berkesan. Ramai individu mengguna komputer di rumah untuk tujuan pendidikan, hiburan dan perniagaan. Komputer mempunyai kesan yang meluas ke atas setiap individu tanpa disedarinya. Pembelian barangan di pasaraya, penggunaan juruwang berautomat (Automatic Teller Machine) atau membuat panggilan telefon jauh kesemuanya memerlukan komputer. Kebolehan mengguna komputer untuk berkomunikasi dengan komputer lain mengubah cara seseorang bekerja dan hidup.
1.3 Apakah Dia Komputer?
Komputer adalah satu peranti elektronik yang dapat menerima data input, memproses data secara aritmetik dan logik, mengeluarkan hasil output, dan menyimpan hasil untuk kegunaan masa depan. Kesemua aktiviti ini dilakukan di bawah kawalan suruhan (instructions) yang disimpan di dalam unit ingatannya (memory unit). Kebanyakan komputer juga berkeupayaan untuk berkomunikasi dengan menghantar dan menerima data kepada komputer lain dan ke Internet. Pembelajaran dan penggunaan tentang komputer dan alat telekomunikasi untuk mencapai, memproses, mengurus, menyimpan, menghantar dan mengguna maklumat dipanggil teknologi maklumat.
1.6 Sejarah Dan Perkembangan Komputer
Sejarah perkembangan komputer boleh dibahagikan kepada dua zaman , iaitu :
a) sebelum tahun 1940
b) selepas tahun 1940
Sebelum tahun 1940
Manusia menggunakan jari untuk mengenali dan membilang nombor satu hingga sepuluh. Selepas itu mereka mula mengenali nombor-nombor yang lebih besar tetapi masih menggunakan digit-digit asas dari 0 hingga 9. Ini mewujudkan sistem nombor perpuluhan. Jari-jari digunakan untuk campur dan tolak nombor. Campur tolak nombor-nombor membantu mereka mengira dalam perniagaan barter. Apabila perniagaan semakin berkembang, jari-jari tidak dapat menampung keperluan pengiraan yang bertambah rumit.
Ahli-ahli perniagaan dari negeri China, Turki dan Yunani menggunakan abakus (sempua) untuk melakukan pengiraan asas campur, tolak dan darab bermula beribu tahun lepas. Abakus mengandungi batu-batu yang dipasang pada beberapa bar. Semua pengiraan dilakukan dengan mengubah kedudukan batu-batu itu.
Pada tahun 1617, John Napier mengemukakan sifir logaritma dan alat dipanggil tulang Napier (Napier's bones). Di samping pengiraan asas campur, tolak, darab dan bahagi, alat ini juga boleh mencari punca kuasa nombor. Tulang Napier diperbuat daripada tulang, kayu, logam dan kad. Pengiraan dilakukan dengan menyilang nombor-nombor pada segiempat dengan tangan.
Blaise Pascal mencipta mesin kira mekanikal pertama pada tahun 1642. Mesin ini beroperasi dengan menggerakkan gear pada roda. Pascal juga telah banyak menyumbang idea dalam bidang matematik dan ilmu kebarangkalian. Mesin kira Pascal telah dimajukan oleh William Leibnitz.
Pada tahun 1816, Charles Babbage membina 'the difference engine'. Mesin ini boleh menyelesaikan masalah pengiraan sifir matematik seperti logaritma secara mekanikal dengan tepat sehingga dua puluh digit. Mengikut draf yang dicadangkannya, mesin ini menggunakan kad tebuk sebagai input, boleh menyimpan kerja-kerja sebagai ingatan, melakukan pengiraan secara otomatik dan seterusnya mengeluarkan output dalam bentuk cetakan pada kertas.
Konsep mesin ini memeranjatkan ahli-ahli sains pada masa itu kerana dianggap terlalu maju. Projek pembinaan ini walau bagaimanapun terbengkalai kerana ketiadaan sokongan teknikal yang dianggap terlalu maju pada masa tersebut. Babbage kemudian menumpukan perhatiannya kepada 'the analytical engine'. Kekurangan teknologi pada masa tersebut juga menyebabkan projek ini ditangguhkan. Walaupun gagal menyiapkan kedua-dua mesin, idea Babbage didapati amat berguna kepada pembentukan komputer moden pada hari ini. Semua komputer pada hari ini menggunakan model mesin seperti yang dicadangkan oleh Babbage, iaitu input, ingatan, pemprosesan dan output.
Kad tebuk pertama kali digunakan sebagai alat input dalam industri tekstil pada mesin penenunan otomatik ciptaan Joseph Jecquard pada tahun 1801. Mesin ini membaca data dengan mengenalisa kod-kod lubang pada kertas. Konsep lubang dan tiada lubang ini menandakan permulaan penggunaan nombor binari dalam pemprosesan data.
Herman Hollerith mempopularkan penggunaan kad tebuk sebagai alat input data. Mesinnya yang menggunakan kad tebuk berjaya memproses data untuk membanci penduduk Amerika Syarikat pada tahun 1887. Penggunaan kad tebuk kemudiannya diperluaskan kepada bidang-bidang seperti insuran, analisa jualan dan sistem akuan kereta.
Howard Aiken memperkenalkan penggunaan mesin elektromakenikal dipanggil Mark I pada tahun 1937. Satu bahagian mesin ini adalah elektronik dan sebahagian lagi mekanikal. Bentuknya besar dan berat serta mengandungi talian wayer yang panjang. Semua operasi di dalam komputer dijalankan oleh geganti elektromagnetik. Mark I boleh menyelesaikan masalah fungsi-fungsi trigonometri di samping pengiraan asas. Sungguhpun demikian ia masih dianggap lembab dan terhad oleh kerana jumlah storan ingatan yang sedikit.
Perkembangan | Tarikh | Peristiwa |
Abacus atau Cepoa Napier’s bones Pascaline Arithmometer Difference engine Analytical engine Census tabulator Analog computer Mark I computer ABC ENIAC EDSAC dan EDVAC IAS UNIVAC I dan IBM 701 Core memory FORTRAN Transistor COBOL Integrated Circuit (IC) BASIC Minikomputer Pascal ARPANET Large-scale integration (LSI) Apple computer Microsoft dan MS-DOS IBM PC Machine of the Year Lotus 123 PC AT - 80286 Komputer Macintosh Intel 80386 Intel 80486 Windows 3.0 World Wide Web (WWW) Pentium chip Windows 95 Pentium Pro Office 97 Windows 98 | 2000 – 3000 B.C. 1610 1645 1820 1823 – 1834 1834 - 1871 1887 - 1896 1927 – sekarang 1937 - 1943 1937 - 1939 1943 - 1946 1945 - 1952 1946 - 1950 1951 - 1954 1953 1957 1958 1960 1964 1965 1965 1967 1969 1970 1976 1980 1981 1983 1983 1984 1984 1987 1989 1990 1991 1993 1995 1995 1997 1998 | Peranti pengiraan yang terawal diketahui Alat mekanikal untuk pengiraan Kalkulator mekanikal yang pertama (tolak sahaja) Kalkulator pertama untuk melakukan 4 operasi arithmetik Kalkulator berautomat oleh Charles Babbage Direka oleh Charles Babbage sebagai komputer serbaguna pertama. Tidak sempat siap. Direka oleh Herman Hollerith. Tebukkan data ke dalam kad untuk menjadualkan data. Kalkulator analog separuh automatik direka Howard H. Aiken membina kalkulator elektromekanikal yang terbesar Direka oleh Atanasoff dan Berry. Peranti pertama untuk melakukan pengiraan dengan tiub vakum. Bermula komputer generasi pertama. Direka oleh Eckert dan Mauchly. Komputer digital elektronik yang pertama. Berjisim 30 tons, mengandungi 18,000 tiub vakum, dan memenuhi ruang 30 x 50 kaki persegi. Komputer pertama berupaya menyimpan data dan suruhan dalam ingatan Komputer yang memperkenalkan konsep pemprosesan selari Komputer digital pertama dipasarkan secara besar-besaran Ingatan teras direka untuk menyimpan storan yang tinggi Bahasa pengaturcara FORTRAN (FORmula TRANslator) diperkenalkan. Masih diguna sekarang. Komputer dibina dengan transistor. Menandakan permulaan komputer generasi kedua. Bahasa penggunaan peringkat tinggi untuk perniagaan dimaju oleh Dr. Grace Hopper. Komputer generasi ketiga diperkenalkan. Litar kawalan disimpan pada cips. Bahasa pengaturcara BASIC dibangunkan oleh Dr John Kemeny di Dartmouth Minikomputer pertama diperkenalkan oleh Digital Equipment Corporation (DEC) Bahasa pengaturcara berstruktur dibangunkan. Rangkaian APARNET diwujudkan. Pendahulu kepada Internet. Komputer generasi keempat mengandungi penyepaduan skala besar. Steve Wozniak dan Steve Jobs membina komputer Apple yang pertama IBM menawarkan Bill Gates untuk membangunkan sistem pengoperasian untuk komputer peribadinya. Komputer peribadi IBM diperkenalkan dan menjadi sangat popular Majalah TIME memilih komputer sebagai calon tahunannya. Pakej perisian bersepadu Lotus 123 dibangunkan oleh Mitch Kapor. IBM memperkenalkan komputer peribadi dengan pemproses mikro Intel 80286. Apple memperkenalkan komputer Macintosh yang mengguna antara muka (interface) grafik Komputer mengguna pemproses mikro Intel 80386 Pemproses mikro ini mengandungi 1 juta transistor dan melaksanakan suruhan pada 15 MIPS. Microsoft memasarkan sistem pengoperasian Windows 3.0 Piawai WWW untuk memaut (link) dokumen dari pelbagai komputer Pemproses mikro yang mengadungi 3.1 juta transistor dan melaksanakan 112 MIPS. Sistem pengoperasian Windows 95 dengan banyak perubahan baru Mengandungi 5.5 juta transistor dan berupaya melakukan 250 MIPS. Pakej bersepadu Word, Excel, PowerPoint dan Access dipasarkan. 50 juta pengguna Internet. Intel memasarkan Pentium II. Upgrade kepada Windows 95 |
Selepas tahun 1940
Komputer-komputer selepas tahun 1940 adalah elektronik sepenuhnya. Di samping pengiraan yang kurang tepat mesin-mesin mekanikal sebelum ini adalah terlalu besar, menggunakan kos yang tinggi untuk mengendalikannya dan memerlukan terlalu banyak tenaga manusia untuk pengawasan.
Evolusi komputer selepas tahun 1940 boleh dikelaskan kepada lima generasi. Angka dalam kurungan menandakan tarikh anggaran.
Generasi Pertama (1940 - 1959)
Generasi Kedua (1959 -1964)
Generasi Ketiga (1964 - awal 80-an)
Generasi Keempat (awal 80-an - ?)
Generasi Kelima (masa depan)
Generasi Pertama
Komputer-komputer generasi pertama menggunakan tiub-tiub vakum untuk memproses dan menyimpan maklumat. Tiub vakum berukuran seperti mentol lampu kecil. Ia menjadi cepat panas dan mudah terbakar. Beribu-ribu tiub vakum diperlukan pada satu masa supaya setiap yang terbakar tidak menjejaskan operasi keseluruhan komputer. Komputer juga menggunakan tenaga elektrik yang banyak sehingga kadang-kadang menyebabkan gangguan pada kawasan sekelilingnya.
Komputer ini adalah 100% elektronik, berfungsi untuk membantu ahli sains menyelesaikan masalah pengiraan trajektori dengan pantas dan tepat. Saiznya amat besar dan boleh dikelaskan sebagai kerangka utama (main frame) . Contoh komputer generasi pertama seperti ENIAC (Electronic Numerical Integrator And Calculator) dicipta oleh Dr John Mauchly dan Presper Eckert pada tahun 1946.
Perkembangan yang paling dihargai ialah permulaan komputer menyimpan ingatan di dalamnya, dikenali sebagai konsep aturcara tersimpan (stored program concept). Konsep yang dicadangkan oleh John von Neumann ini juga menitikberatkan penggunaan nombor binari untuk semua tugas pemprosesan dan storan.
Dr. Mauchly dan Eckert juga membantu pembinaan komputer EDVAC (Electronic Discrete Variable Automatic Computer) yang mengurangkan penggunaan tiub-tiub vakum. Pengiraan juga menjadi lebih cekap daripada ENIAC. EDVAC menggunakan sistem nombor binari dan konsep aturcara tersimpan.
Komputer EDSAC (Electronic Delay Storage Automatic Calculator) memperkenalkan penggunaan raksa (merkuri) dalam tiub untuk menyimpan ingatan. Cara ini didapati lebih ekonomi daripada tiub vakum tetapi pada amnya ia masih dianggap terlalu mahal. EDSAC dimajukan oleh Unviersiti Cambridge, England.
Pada tahun 1951 Dr. Mauchly dan Eckert mencipta UNIVAC I (Universal Automatic Calculator) komputer pertama yang digunakan untuk memproses data perniagaan. Turut menggunakan tiub raksa (merkuri) untuk storan. UNIVAC I digunakan oleh Biro Banci Penduduk Amerika Syarikat. Selepas kejayaan ENIVAC I banyak komputer-komputer berkaitan pengurusan dan perniagaan muncul selepasnya.
Genarasi kedua
Komputer-komputer genarasi kedua menggunakan transistor dan diod untuk menggantikan tiub-tiub vakum, menjadikan saiz komputer lebih kecil dan murah. Daya ketahanan transistor didapati lebih baik kerana ia tidak mudah terbakar jika dibandingkan dengan tiub vakum. Cara baru menyimpan ingatan juga diperkenalkan iaitu teras magnetik. Teras magnetik menggunakan besi-besi halus yang dililit oleh litaran elektrik. Keupayaan pemprosesan dan saiz ingatan utama komputer juga bertambah. Ini menjadi komputer lebih pantas menjalankan tugasnya.
Kemunculan FORTRAN dan COBOL menandakan permulaan bahasa peringkat tinggi untuk menggantikan pengaturcaraan dalam bahasa mesin yang lebih sukar. Dengan yang demikian pengendalian komputer menjadi lebih mudah.
Era ini juga menandakan permulaan minikomputer iaitu yang kedua terbesar dalam famili komputer. Harganya lebih murah berbanding daripada kerangka utama. Komputer DEC PDP- 8 ialah minikomputer pertama dicipta pada tahun 1964 bagi memproses data-data perniagaan. Lain-lain komputer dalam generasi ini ialah IBM 7090 dan IBM 7094.
Generasi ketiga
Penyelidikan mikroelektronik yang pesat berjaya menghaluskan transistor kepada saiz mikroskopik. Beberapa ratus ribu transistor ini dapat dipadatkan ke dalam kepingan segiempat silikon melalui proses yang dipanggil pengamiran skala besar (large scale integration, LSI), untuk menghasilkan litar terkamir atau lebih dikenali dengan panggilan cip.
Cip mula menggantikan transistor sebagai bahan logik komputer. Saiz cip yang kecil menjadikannya popular digunkan dalam kebanyakan alat elektronik dan harganya jauh lebih murah berbanding dengan komponen elektronik yang lain.
Jenis terkecil dalam famili komputer, mikrokomputer muncul dalam generasi ini. Mikrokomputer menjadi lebih cepat popular seperti jenama Apple II, IBM PC, NEC PC dan Sinclair. Mikrokomputer didapati amat praktikal kepada semua peringkat masyarakat kerana saiznya lebih kecil, harga yang murah dan kebolehannya berfungsi bersendirian. Sebuah mikrokomputer berupaya mengatasi komputer ENIAC dalam menjalankan sesuatu tugas.
Banyak bahasa pengaturcaraan muncul seperti BASIC, Pascal dan PL/1. Kebanyakan mikrokomputer dibekalkan dengan pentafsir bahasa secara bina-dalam di dalam cip ROM untuk membolehkan bahasa BASIC digunakan. Ini menjadikan BASIC bahasa pengaturcaraan yang paling popular pada mikrokomputer.
Generasi keempat
Cip masih digunakan untuk pemprosesan dan menyimpan ingatan. Ia lebih maju, mengandungi sehingga beratus ribu komponen transistor didalamnya. Proses pembuatan cip teknologi tinggi ini dipanggil pengamiran skala amat besar (very large scale integration, VLSI). Pemprosesan dapat dilakukan dengan lebih pantas, sehingga berjuta bit sesaat. Ingatan utama komputer menjadi lebih besar sehingga menyebabkan storan skunder kurang penting. Teknologi cip yang maju ini mendekatkan jurang di antara mikrokomputer dengan minikomputer dan juga mikrokomputer dengan kerangka utama. Ini juga mewujudkan satu lagi kelas komputer dipanggil superkomputer, yang lebih pantas dan cekap berbanding kerangka utama.
Generasi kelima
Generasi kelima dalam siri evolusi komputer mungkin belum wujud lagi dan ia merupakan komputer impian masa depan. Reka bentuk komputer generasi kelima adalah lebih kompleks. Ia dijangka mempunyai lebih banyak unit pemproses yang berfungsi serentak untuk menyelesaikan lebih daripada satu tugas dalam satu masa.
Komputer generasi ini juga mempunyai ingatan yang amat besar supaya membolehkannya menyelesaikan lebih banyak masalah yang kompleks. Unit pemprosesan pusat juga mungkin boleh berfungsi kepada paras seperti otak manusia. Komputer impian ini dijangka mempunyai kepandaian tersendiri, mengesan keadaan sekeliling melalui pengelihatan dan bijak mengambil sesuatu keputusan bebas daripada kawalan manusia. Sifat luar biasa ini disebut sebagai "artificial intelligence".
·
1.7 KRONOLOGI SEJARAH PENGKOMPUTERAN MODEN
1969
· Marcian Hoff dan Stan Mazor dari Intel merekacipta cip CPU dengan senibina 4-bit yang boleh menerima arahan dan melaksanakan fungsi data yang mudah. CPU ini kemudian dikenali sebagai mikropemproses 4004.
· Intel mengumunkan pengeluaran cip 1 kilobit RAM.
1971
· Intel memperkenalkan sistem mikrokomputer MCS-4 (Microcomputer System 4-bit) yang terdiri daripada cip ROM 4001, cip ROM 4002, cip shift register 4003, dan mikropemproses 4004, kelajuan CPU ialah 108kHz dengan prestasi 60,000 pengoperasian per saat. Ia menggunakan 2300 transistor, berdasarkan kepada teknologi 10 micron.
1972
· Intel memperkenalkan cip 200-KHz 8008, cip komersial pertama dengan mikropemproses 8-bit, dengan capaian memori 16 KB.
1974
· Intel memperkenalkan cip 2 MHz 8080, merupakan mikropemproses 8-bit. Berkeupayaan mencapai memori sehingga 64KB.Menggunakan 6000 transistor, berlandaskan teknologi 6-micron dengan kelajuan 0.64 MIPS.
· Gary Kildall dari syarikat Mikrocomputer Applications Associates, membina system pengoperasian CP/M untuk system Intel 8080.
· Motorola memperkenalkan cip 6800 menggunakan mikropemproses 8-bit. Cip 6800 dicipta oleh Chuck Peddle dan Charlie Melear.
1975
· Bill Gates dan Paul Allen mendapat lessen untuk menjual aturcara BASIC kepada MITS. Ini merupakan program bahasa komputer pertama untuk komputer peribadi.
· Bill Gates dan Paul Allen membuka syarikat Micro-Soft.
· MITS mengeluarkan komputer Altair 8800.
· Penerbitan isu pertama majalah BYTE.
1976
· Steve Wozniak dan Steve Jobs menghasilkan komputer Apple l.
· Intel memperkenalkan cip mikorpemproses 5 MHz 8085 dengan kelajuan 0.37 MIPS. Menggunakan 6500 transistor, berdasarkan kepada teknologi 3-micron.
· Steve Jobs dan Steve Wozniak membina syarikat Appl Computer.
1977
· Syarikat Apple Computer memperkenalkan Apple ll dengan CPU 6502, 4 KB RAM dan 16 KB ROM.
1978
· Intel memperkenalkan cip mikropemproses 4.77 MHz 8086. Menggunakan register 16-bit, bas data 16-bit, dan 29,000 transistor dengan teknologi 3-micron.
1979
· Syarikat Software Arts memperkenalkan VisiCalc.
· Syarikat Apple Computer memperkenalkan cip mikropemproses 4.77 MHz 8088. Ia dibina sebagai lanjutan kepada cip 8086.
· Syarikat Micropro International memperkenalkan pemproses kata WordStar di tulis oleh Rob Barnaby.
· Motorola memperkenalkan cip mikropemproses 68000 16-bit menggunakan 68,000 transistor.
1980
· Sinclair Research memperkenalkan komputer ZX80. Ia menggunakan teknologi NEC dengan 3.25 MHz 780-1 dan mikropemproses 8-bit, 1 KB RAM dan 4 KB ROM.
· Syarikat Apple Computer memperkenalkan Apple lll dengan 2 MHz.
· Seagate Technology memperkenalkan cakera keras pertama Winchester 5.25-inch menggunakan empat platter dan menyimpan 5 MB.
· Paul Allen dari Microsoft membeli hak cipta DOS dari Seattle Computer Products untuk dijual kepada IBM.
1981
· Microsoft memulakan kerja membina grafik antara muka dipanggil Interface Manager. Di sini bermulanya pembinaan grafik antaramuka bagi system Windows.
· Intel mengeluarkan coprocessor metamatik 8087.
1982
· Shugart Associates memperkenalkan peranti cakera liut.
· Penerbitan pertama majalah PC Magazine.
· Intel memperkenalkan mikropemproses 6 MHz 80286 menggunakan 16-bit bas data dan 134,000 transistor (1.5 microns).
· Mikrosoft mengeluarkan MS-DOS versi 1.1 kepada IBM bagi kegunaan komputer peribadi IBM. Ia menyokong peranti cakera liut sehingga 320 KB.
· Lotus Development memperkenalkan program hamparan Lotus 1-2-3.
1983
· Apple Computer memperkenalkan komputer Lisa menggunakan mikropemproses 5 MHz 68000 dengan 1 MB RAM, 2 MB ROM, monitor 12 inch B/W, grafik 720x364, dua peranti cakera liut 5.25- inch 860 KB dan cakera keras 5 MB. Ia merupakan komputer peribadi pertama menggunakan konsep GUI. “Lisa” bermaksud Local Integrated Software Architecture.
· IBM memperkenalkan komputer peribadi IBM XT. Ia mempunyai cakera keras 10 KB ROM, papan kekunci, peranti cakera liut 360 dan menggunakan mikropemproses Intel 8088.
· Microsoft memperkenalkan MS-DOS versi 2.0 untuk komputer peribadi.
· Novell memperkenalkan rangkaian NetWare untuk IBM PC.
· Microsoft memperkenalkan Microsoft Windows.
· Microsoft secara rasmi mengeluarkan perisianh Microsoft Word 1.0.
· Borland International mengeluarkan Turbo Pascal untuk CP/M dan komputer 8086.
1984
· Steve Jobs memeprkenalkan Apple Macintosh.
· IBM memperkenalkan IBM PC mudah alih, dengan mikropemproses Intel 8088.
· Hewlett-Packard memperkenalkan pencetak LaserJet, dengan resolusi 300dpi.
· Motorola memperkenalkan prosesor 16 MHz 68020.
· Microsoft mengeluarkan MS-Dos versi 3.0 untuk PC.
1985
· Peranti CD-ROM deperkenalkan untuk komputer.
· Intel memperkenalkan mikropemproses 16 MHz 80386DX dengan 32-bit register dan 32-bit (16 MHz) bas data mengabungkan 275,000 transistor (1.5 microns).
· Microsoft mengeluarkan Microsoft Windows versi 1.0
1986
· Apple Computer memperkenalkan komputer Apple llGS berkuasa 1 MHz atau 2.8 MHz.
1987
· Apple cdomputer memperkenalkan senibina terbuka Macintosh ll menggunakan mikropemproses 16 MHz 68020. Kemudian Apple Computer Macintosh SE diperkenalkan menggunakan mikropemproses 8 MHz 68000 dengan 1 MB RAM dan 20 MB cakera keras.
· IBM memperkenalkan IBM PS/2 menggunakan 8 MHZ 8086.
· Motorola mengeluarkan mikropemproses 68030.
· Microsoft mengeluarkan hamparan Microsoft Excel untuk aplikasi Windows.
1988
· Spectrum Holobyte memperkenalkan permainan Tetris untuk PC, diimport dari Rusia.
· Intel memperkenalkan mikropemproses 16MHz 80386SX pada kelajuan 2.5 MIPS.
· IBM mengeluarkan DOS 4.0
1989
· Intel memperkenalkan mikropemproses 25 MHz 486 menggunakan 1.2 juta transistor dengan teknologi 1-micron.
1990
· Motorola memperkenalkan mikropemproses 32-bit 25 MHz 68040 dengan mengabungkan 1.2 juta transistor.
· IBM mengeluarkan mikropemproses RISC untuk komputer kerangka utama RS/6000.
· Microsoft memperkenalkan Windows 3.0.
1991
· Advanced Micro Devices (AMD) memperkenalkan AM386DX, cip klon pertama Intel i386DX pada kelajuan 20 hingga 40 MHz.
· Microsoft memperkenalkan MS-DOS 5.0 GW-BASIC digantikan dengan QBASIC, berlandaskan kepada Microsoft QuickBASIC.
· Linus Torvalds dari Finland membangunkan Linux, sebuah system pengoperasian seperti UNIX.
1993
· Apple Computer memperkenalkan Macintosh LC lll dengan 25 MHz 68030.
· Intel memperkenalkan mikropemproses Pentium menggunakan 32-bit register, dan 64-bit (60 MHz) bas data dan cakera keras 4 GB. Ia mengabungkan 3.1 juta transistor, menggunakan teknologi BiCMOS 0.8-micron. Kelajuan mencapai 60 MHz.
· Apple Computer memperkenalkan sistem Macintosh “AV”, mengabungkan pertama kalinya antara telekomunikasi dan video.
· Pusat National untuk Supercomputing Applications (NCSA) mengeluarkan penyemak imbas Mosaic v1.0 web.
1994
· Apple Computer memperkenalkan komputer Power Macintosh 6100/60 dengan kelajuan 60 MHz.
· Mosaic Communication melancarkan Netscape Navigator 1.0, penyemak imbas bagi world-wide web.
· Digital Equipment Corporatiom (DEC) memperkenalkan mikropemproses Alpha AXP.
· IBM melancarkan OS/2 Warp versi 3.
· Lomega memperkenalkan peranti Zip dan cakera Zip.
1995
· IBM mengeluarkan PC DOS versi 7.
· Microsoft memperkenalkan Windows 95.
· Intel memperkenalkan mikropemproses Pentium Pro pada kelajuan 150, 180, dan 200 MHz (440MIPS).
1996
· Intel memperkenalkan prosesor 200 MHz Pentium mengabungkan 3.3 juta transistor.
· Microsoft memperkenalkan Windows NT 4.0
· Microsoft memperkenalkan Osuntuk Windows CE. Nama kod untuk projek ini ialah Pengasus. “CE” bermaksud Consumer Electronics.
· IBM melancarkan OS/2 Warp 4.
1997
· AMD memperkenalkan mikropemproses K6, dengan teknologi MMX. Prosesor ini mengabungkan 8.8. juta transistor dalam satu proses 35 micron.
· Apple Computer melancarkan Mac OS 8.0.
1998
· Intel melancarkan cip 333 MHz Pentium ll, dengan bas 66 MHz mengabungkan teknologi CMOS 0.25 micron.
· Intel mengeluarkan 350 MHz dan 400 MHz mikropemproses Pentium ll .
· Intel mengumumkan mikropemproses celeron 266 MHz dengan 32 KB Level 1 cache.
· Steve Jobs memperkenalkan Apple Computer iMac : mikropemproses 233 MHz PowerPC G3, 32 MB RAM, 4 GB cakera keras 24X CD-ROM, 15 inch monitor, 66 MHz bas system.
· Microsoft melancarkan Windows 98.
· Motorola memperkenalkan mikropemproses G4.
· Intel memperkenalkan mikropemproses Pentuim lll.
1999
· Cyrix melancarkan prosesor Mll.
· Apple Computer memperkenalkan komputer mudah alih PowerBook G3/333.
· Microsoft mengumumkan Window 98 SE (Special Edition).
· Steve Job memperkenalkan komputer mudah alih iBook. Ia mempunyai monitor 12.1 inch TFT, prosesor 300 MHz G3, cip grafik 4 MB ATI Rage Mobility, peranti CD-ROM, 32 MB RAM, modem, pot USB dan 10/100Base-T Ethernet, 3 GB cakera keras, papan kekunci dan Mac OS 8.6
· ADM mengumumkan pengeluaran mikropemproses Athlon.
· Apple Computer mengumumkan komputer Power Mac G4 dengan cirri-ciri 400 MHz PowerPC G4, 64 MB RAM, peranti CD-ROM dan 10 GB cakera keras.
· Microsoft memperkenalkan system pengoperasian Windows ME
2000
· AMD memperkenalkan mikropemproses Athlon 850 MHz.
· Microsoft mengumumkan system pengoperasian Windows 2000 menggantikan NT4.
· AMD memperkenalkan mikropemproses tahap 1.1 GHz.
· Intel memperkenalkan mikropemproses Celeron 500 MHz dengan teknologi proses 0.18 -micron.
· Intel mengumunkan mikropemproses dengan kod “Willamette” akan dikenali sebagai Pentium 4 dengan kelajuan melebihi 1.4 GHz.
· Microsoft memperkenalkan bahasa c# (c sharp), sebagai modul tambahan bagi c++ bersama sokongan Web XML, COM, dan sokongan untuk Windows API.
· Apple Computer memperkenalkan PowerMac G4 Cube dengan kelajuan prosesor 450 MHz PowerPC G4.
· Apple Computer mengeluarkan komputer edisi khas iMac DV+ dengan kelajuan mikropemproses 500 MHz PowerPC G3. Ia dilengkapi dengan sambungan FireWire, 20 GB cakera keras, pemacu DVD-ROM dan penyokong rangkaian wayerles AirPort.
2001
· AMD memperkenalkan mikropemproses Athlon XP 1.5 GHz dikenali sebagai Athlon 1800+ dan Athlon XP 1.33GHx sebagai Athlon XP 1500+.XP bermaksud extra performance.
· Apple computer memperkenalkan system pengoperasian Mac OS X.
· Intel memperkenalkan cip Pentium 4 pada kelajuan 2GHz mempunyai 42 juta transistor.
· Microsoft memperkenalkan Windows XP. XP bermaksud experience user.